Cinta?


  Hi? Ni maybe entry last ekyn update sebelum pergi PLKN nanti. Nanti mesti rindukan semua yang ada dekat sini, terutama buah hati ekyn yang tersayang. Takpe, 3bulan je kan. Tapi 3bulan tu ibarat 3tahun :'(

   Rasa rindu sangat nak update blog. Tapi takde masa. Takde cerita yang patot dicerita. Tapi harini ekyn akan cerita apa yang ekyn pendam selama ni. Bukan senang nak pura-II happy, pura-II senyum depan orang, untuk sembunyikan luka yang sangat dalam. Itu semua kerana takot kehilangan orang yang ekyn sayang sangat-II :'(

  Ekyn tahu dulu ekyn jahat, tak pernah setia dengan dia, macam-II ekyn buat untuk uji kesabaran dia, dia tetap sabar. Ekyn tahu dulu ekyn banyak sakitkan hati dia, lukakan hati dia. Yelha, dulu tak matang, baru nak kenal erti bercinta. Tapi walau macam mana pon dulu, cinta ekyn pada dia takkan pernah hilang. Dia sangat sabar, sangat baik. Ekyn jaa dulu terlalu bodoh taktahu menilai permata depan mata. Dia selalu ada bila ekyn perlukan dia. Sampaikan ekyn cuma anggap dia satu-II nya kawan yang ekyn ada, dia juga lah kekasih yang ekyn cintai selama ni. Dulu ekyn tahu ekyn ni liar, dia lah yang jaga ekyn, dia lah yang selalu tegur kesalahan ekyn, hingga ekyn berjaya berubah sekarang. Alhamdulillah. Ada juga manusia ibarat malaikat yang berjaya ubah sikap ekyn yang dulu liar, ego, keras hati. Thanks sayang.

  Dia terlalu baik, dia terlalu lembut, dia terlalu penyayang. Buta betul mata hati ekyn masa tu. Yelhaa, disebabkan dulu ekyn susah nak percayakan lelaki, sbb tu lah ekyn jadi keras hati. Dgn masalah keluarga lagi. Tapi dia cuba untuk lembutkan hati ekyn, selalu ada bila ekyn perlukan dia, selalu buat ekyn tersenyum bila ekyn ada masalah. Sejak tuh perasaan takot kehilangan dia mula ada, sejak tuh jugak lah ekyn berusaha untuk berubah. Alhamdulillah, dia dah bukakkan mata hati ekyn.

  Tapi sayang, kebahagiaan tu datang cuma sementara. Betul kata orang, makin kuat perasaan sayang kita pada sesorang, makin banyak dugaan yang Allah beri. Dia mula berubah hati. Ekyn tahu semuanya silap ekyn, sikap ekyn yang dulu. Dia berubah, sampai kan ekyn dah tak kenal siapa dia. Sangat cepat Allah tarik rasa bahagia tu. :'( Dia yang dulu penyayang, sekarang jadi lebih ego, jadi lebih keras hati. Mungkin kerana sikap ekyn dulu buat dia menyimpan dendam terhadap ekyn. Allah tu Maha Adil, sekarang ekyn dah rasa dah apa yang dia rasa. Mungkin ni baru sikit, biarlah dia hukum ekyn seberat mana pon, ekyn terima. Memang salah ekyn dulu. Jangan ingat orang yang PENDIAM tak pandai , Jangan ingat orang yg SABAR takkan mengamuk , Jangan ingat orang yg SETIA tak boleh curang. Biarlah ekyn tersiksa macam mana dia tersiksa dulu. Ekyn betul-II cintakan dia, biarlah ekyn rasa apa yang dia pernah rasa dulu. Ekyn hanya cintakan dia seorang. Tak pernah terlintas dalam hati ekyn untuk cinta orang lain selain dia. Sekarang nak menyesal pon dah takde guna, semua dah terjadi. Bila kita dah berubah, bila kita betul-II mencintai dia, bila kita mula merasa takot kehilangan dia, barulah semuanya nak mengungkit kisah silam kita, masa lampau kita, semua nak dipertikaikannya. Apa salahnya beri peluang untuk memperbaiki semuanya? Manusia, lain orang, lain caranya. Ekyn terima apa yang akan ekyn dapat lepas ni. Ekyn mmg patot dapat semua ni. Biarlah balasan ni dibayar cash di dunia atas kesalahan ekyn selama ni. Kalau lah dunia ni boleh berputar, ekyn bersumpah akan jaga dia baik-II, takkan pernah sia-II kan dia :'( Tapi dunia akan terus berlalu :'( Andai diberi peluang lagi untuk kembali seperti dulu, ekyn berjanji atas nama Allah, ekyn akan jaga dia sebaik mungkin, tak mungkin ekyn akan sia-II kan dia, ekyn takkan biarkan dia pergi dari hidup ekyn, ekyn akan pertahankan cinta ekyn pada dia, takmungkin akan ekyn lepaskan dia. :'(

  Sayang, kalau lah awak boleh nampak hati saya, hati saya dah berkecai hancur. Tapi sedaya upaya saya terpaksa berikan senyuman hanya utk menutupi luka agar tak terlihat lemah dimata awak. Saya tahu saya takpandai menipu, tapi kerana takot kehilangan awak, saya cuba bersabar,saya cuba menipu perasaan saya sendiri. Memang, bila hati saya terluka, disakiti, cemburu dan menangis, mulut saya akan mula menipu dan muka saya akan tersenyum seolah olah saya OKAY :') Awak siksalah saya macam mana saya siksa perasaan awak dulu, awak hukum lah saya seberat mana pon. Hukuman dunia, tak seberat hukuman Akhirat. Saya sayangkan awak, saya perlukan awak, saya taknak orang lain, hanya awak yang mampu buat saya bahagia. Tak putus-II saya berdoa suatu hari nanti awak akan berubah jadi lebih baik,saya berharap awak akan menjadi milik saya sepenuhnya, dan awak akan menyayangi saya sepenuh hati awak. Selagi saya masih hidup, saya akan cuba bersabar dengan sikap awak. Kalau saya pergi dulu, saya nak awak tahu yang awak lah satu-II nya lelaki yang dah berjaya buat saya berubah menjadi lebih baik, saya nak awak tahu awaklah penyeri hidup saya selama 4tahun kita bersama & awak lah satu-II nya lelaki yang saya amat cintai semasa hayat saya MUHAMMAD ISWAN BIN ABDULLAH. :'(

    Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata saya yang tersembunyi melainkan Allah :'(
Terima Kasih Sudi Baca. Kalau Sudi Like dan Follow Lah Sekali Yerr :)