Senyuman sinis untuk haters-II yang tersayang.
Bismillahhirrahmannirrahim,
Dengan izin Allah, saya dapat mengupdate blog saya harini. Rindu rasanya nak luahkan perasaan, mengadu masalah dan berkongsi cerita dgn korang semua. Nak berkongsi masalah dgn kawan rapat, mereka pergi meninggalkan saya dgn sebab yg tidak munasabah. Harini saya akan kongsikan segala kesedihan dan kedukaan yg saya rasai selama ini. Sebelum saya ceritakan, mohon maaf kalau ada terkasar bahasa ataupun mengguriskan perasaan awak wahai kawan.
Setiap orang tahukan, perasaan perempuan sgt sensitif, mudah terguris. Begitu dgn saya dan paling memeritkan dalam hidup saya, ditipu seseorang yg saya anggap sebagai Sahabat saya. Tujuan saya, bukan untuk memburukkan dan mengaibkan dy sebagai sahabat saya, tapi saya dah terlalu byk bersabar dan terpaksa luahkan apa yang saya pendam selama ni. Mendiamkan diri mungkin cara yg terbaik, tetapi dgn meluahkan semua ni akan dapat mengubat segala kedukaan dan melenyapkan rasa bersalah dalam diri saya.
Kawan, aku tak pernah menyangka kau sanggup buat aku mcm ni. Kau sanggup malukan aku dalam fb seolah-olah aku yg bersalah. Mcm-II penghinaan kau lemparkan dekat aku. Kau kata mulut aku jgn jadi mcm longkang? Apa yg aku cakap sampai kau tergamak cakap aku mcm tu? Setahu aku, aku cuma cakap kau tipu aku, itu je kan. Kalau betul kau tak menipu aku, kenapa masa aku ajak kau pergi temankan aku, kau buat alasan pergi rumah orang bertunang lah, tak jadi pergilah. Si N pon aku text langsung tak reply. Padahal, korang plan masa tu semua cakap jadi kan. Then, masa kita lepak, aku check phone Si N, terbukti ada gambar korang tengah seronok makan kfc, seronok bergambar dgn gf si N. Kalau kau taksuka berkawan dgn aku ataupon gf si N taksuka aku, cakap awal-II pon boleh kan. Tak perlu tipu-II, menambahkan dosa. Lagi 1, dari awal aku dah syak aku cuma kawan waktu terdesak, waktu senang semua lupakan aku. Bila aku minta tolong, bermacam alasan kau bagi. Takpe, kau tetap aku anggap kawan.
Aku masih ingat dulu, kau terlalu ambil berat pasal aku, sesiapa kacau aku, mesti kau marah diorang. Dulu kita selalu bersama, selalu berkongsi masalah, sekarang tak lagi. Semuanya berubah, tak macam dulu lagi. Takpe, aku tetap anggap kau kawan. Selama ni kalau kita bergaduh, tak pernah terlintas pon dalam hati aku, tak menganggap kau sebagai sahabat aku lagi. Selama ni juga aku kecil hati dgn kau, aku mengharap kau pujuk aku, tapi kau ego. AKu juga yg terhegeh-hegeh minta maaf pada kau. Sedangkan bukan silap aku. Takpe, aku tetap anggap kau kawan.
Hanya Allah yang mengetahui segala kesedihan aku selama ni ;(
Dalam fb, kau kata aku bukan kawan kau lagi. Kau kata kau dah lupakan aku, taknak ingat ape-II tentang aku, kau dah buang gambar aku, number aku. Kau cakap aku mulut jangan jadi longkang. Kau cakap kau takboleh maafkan aku lagi. Kau cakap jangan ganggu kau lagi. Kau hal kau dan aku hal aku. Kau cakap sekarang kau cuma berdua, bukan bertiga mcm dulu lagi. Kau nak ambil kawan aku, ambillah. AKu kenal dy lebih lama dari kau kenal dy. Kalau kawan aku tu masih sayangkan aku dy tak mungkin lupakan aku kan. Kau suruh aku buang apa yg pernah kau bagi dekat aku, lupakan semua tentang kau. NO! AKu bukan jenis seseorang yg mudah LUPA DIRI & LUPA KAWAN. Kawan, tergamak kau cakap mcm tu pada aku? Betapa sedihnya aku baca apa yg kau post tu, betapa hancurnya hati seorang kawan bila terbaca kata-II penghinaan tu semua. Mungkin agak sukar untuk aku terima semua ni. Tapi apalagi yg mampu aku buat, aku redha dgn semua ni. Kalau kau nak tahu, aku dah anggap korang berdua mcm keluarga aku sendiri dan korang adalah antara orang yang aku sayang. Tapi tergamak korang buat aku mcm ni kan. Terima kasih kawan. Korang taknak kawan dgn aku, go on. Kau nak burukkan aku dekat family kau, dekat Si N or gf dy & pada sesiapa pun yg kononnya aku ni jahat, buatlah. Allah nampak semuanya. Sekarang, aku Cuma nak minta maaf pada korang selama persahabatan kita aku dah banyak lukakan hati korang, maafkan aku. Aku tak minta korang kembali rapat dgn aku mcm dulu, aku Cuma nak korang maafkan aku. Itu je. Lepas ni, belum tentu aku jumpa korang lagi kan, jadi aku mohon maaf sangat pada korang berdua.
Dulu, Si S selalu kata “Kami selalu bergaduh, kami tidak sehaluan, tapi kami tetap kawan”. Tapi apa yg dia kotakan sekarang? Cuma penghinaan terhadap saya. Takpe, saya faham. Saya harta tiada, tak punya apa-II. Bukan mcm dy, dy ada segalanya. Siapa yg nak berkawan dgn orang yg tak berharta mcm saya kan? Takpe, saya faham. Walau apa pun yg terjadi, saya hargai pengorbanan dan pertolongan yg pernah korang beri pada saya, kawan. Terima kasih sangat-II. Baiklah, i’ve to go. Jaga diri baik-II. Jaga adab, jaga mulut. Jangan suka sound orang tak bertempat, bukan semua orang boleh terima apa yg kita cakap, silap haribulan badan yg binasa. Lepas ni takpayah lah sindir-II saya dekat facebook ye sayang,tak baikk kan, dossaa. Kalau memang awak tak puas hati,jumpa je saya kayy darlinggg. Lepas ni jugak masing-II buat haluan sendiri kan? Balas jasa ibu bapa korang berdua yg dah byk berkorban dan banyak berjasa pada korang. Selagi diorang hidup, diorang lah harta yg paling berharga yg korang pernah ada. Buktikan yg korang mampu balas jasa baik diorang kay. Bytheway, barulah sekarang aku tahu betapa berbezanya erti seorang KAWAN dan seorang SAHABAT iaitu KAWAN cumaakan hadir pada waktu kita senang dan akan meninggalkan kita saat kita memerlukannya. Tetapi SAHABAT adalah orang yang rela berkongsi kesenangan bersama kita dan sedia menghulurkan tangan apabila kita memerlukan mereka. Assalamualaikum.